Saya hendak kongsi dengan korang 1 pelaburan yang hampir sama dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Cuma yang membezakan ianya adalah perlaburan berkaitan Hartanah.
Bagi yang mahu melabur dalam unit Amanah Hartanah tetapi tidak tahu saya kongsikan korang serba sedikit.
Unit Amanah Hartanah telah lama ditutup kerana Unit yang di sediakan sebanyak 500 juta telah habis dijual. Baru ini, saya telah bertanya bilakah unit ini akan dibuka lagi.
Menurut pihak Amanah Hartanah, Sebanyak 50 juta unit akan mula dibuka pada hari Isnin 27 May 2019. Korang boleh mendapatkan di cawangan Maybank dan Ambank.
Unit Amanah Hartanah akan dijual sehingga unit ini habis. Jika telah habis maka tiada lagi untuk di beli.
Biasanya, Dana AHB ini cepat habis. Jangan tunggu lagi, Pergi dapatkan sekarang.
Siapa yang boleh buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?
Sebelum kita pergi kepada cara buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera, jom kita fahami dulu beberapa perkara penting tentang dana ini.
Dana AHB adalah terbuka kepada semua individu Bumiputera Malaysia yang berumur seawal 3 bulan.
Bagi individu Bumiputera berumur 18 tahun dan ke atas, mereka boleh buka Akaun Dewasa AHB.
Bagi pemohon dan kanak-kanak berumur 3 bulan sehingga 18 tahun, mereka boleh buka Akaun Remaja di bawah nama penjaga yang sah; kedua-dua penjaga dan pemohon mestilah Bumiputera Malaysia.
Selain individu, dana AHB juga terbuka kepada institusi Bumiputera seperti koperasi, pertubuhan atau persatuan yang selayaknya.
Berapa kos buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?
Tiada caj jualan dan penebusan.
Yang ada hanya kos-kos kecil seperti yuran pengurusan dan yuran pemegang amanah yang dikenakan secara tidak langsung ke atas jumlah unit dana yang dimiliki.
Harga unit pula adalah tetap dan rendah pada harga RM 1.00 seunit.
Boleh dikatakan, kos memulakan pelaburan dalam AHB adalah rendah.
Tak perlu risau kena sediakan modal yang tinggi.
Berapa had minimum untuk mula melabur dalam dana AHB?
Untuk pelaburan individu, ada 2 cara untuk mula melabur dalam dana AHB iaitu sama ada secara tunai atau pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Untuk pelaburan secara tunai, had minimum adalah 100 unit.
Jadi, pelabur boleh mula buka akaun AHB serendah RM 100 sahaja.
Bagi pelaburan melalui Akaun 1 KWSP pula, had minimum adalah 1000 unit bersamaan RM 1,000
Di samping itu, perlu memenuhi keperluan-keperluan lain untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP seperti had 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas.
Dengan had minimum yang rendah ini, boleh dikatakan ramai orang berkemampuan nak mula melabur dalam AHB.
Di mana boleh buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?
Setakat artikel ini ditulis, hanya Maybank dan AmBank sahaja dilantik sebagai ejen atau pengedar bagi dana AHB.
Oleh itu, untuk buka akaun AHB, kena berkunjung ke mana-mana cawangan kedua-dua bank ini.Pastikan datang pada hari dan waktu perniagaan sahaja iaitu hari Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum.
Apa yang diperlukan untuk buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?
Sebelum buka akaun AHB, bakal pelabur perlu mempunyai akaun simpanan Maybank atau AmBank.
Ini kerana, nombor akaun sama ada Maybank atau AmBank tersebut adalah diperlukan untuk diisi di dalam borang untuk buka akaun AHB nanti.
Kenapa akaun simpanan ini diperlukan untuk mula melabur dalam AHB?
Sebabnya, sebarang agihan pendapatan ke atas unit AHB yang dipegang nanti akan dimasukkan ke dalam akaun ini.Selain itu, jika nak melabur ke dalam AHB secara tunai, duit/modal yang hendak dilaburkan perlu dimasukkan atau didebitkan ke akaun simpanan ini terlebih dahulu.
Duit tersebut akan terus dipindahkan ke akaun AHB korang apabila selesai akaun AHB dibuka nanti.
Jadi, kalau masih belum miliki akaun simpanan Maybank atau AmBank, kena buka akaun simpanan tersebut terlebih dahulu sebelum buka akaun AHB.
Kena sediakan sedikit wang untuk buka akaun simpanan tersebut sepertimana yang ditetapkan.
Boleh rujuk di sini untuk lebih maklumat berkenaanakaun-akaun simpanan Maybank.
Nanti, apabila nak buka akaun pelaburan AHB, tak perlu bawa salinan buku simpanan atau penyata akaun simpanan, yang penting pastikan anda mempunyai nombor akaun tersebut.
Salin pada kertas atau dalam handphone pun tidak mengapa.
Apa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?
Untuk buka akaun AHB, hanya perlu bawa MyKad anda sendiri jika ingin membuka akaun dewasa untuk diri-sendiri.Jika nak buka akaun remaja untuk anak atau jagaan yang berumur 3 bulan hingga 18 tahun, kena turut bawa MyKad atau salinan asal surat beranak anak atau jagaan tersebut.
6 langkah buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera
Sekarang, selepas faham semua maklumat di atas dan sediakan dokumen-dokumen secukupnya, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut untuk mula melabur dalam AHB:Langkah #1 – Cari lokasi ejen AHB, iaitu cawangan Maybank atau AmBank yang terdekat atau mudah dikunjungi
Langkah #2 – Berkunjung ke lokasi yang dipilih, maklumkan pegawai bertugas di kaunter pertanyaan yang anda nak buka akaun AHB.
Langkah #3 – Anda akan diminta untuk berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dana AHB
Langkah #4 – Anda akan diminta untuk mengisi “Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja”, mengikut mana-mana yang berkenaan
Langkah #5 – Serahkan borang yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukan serta modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter bank.
Langkah #6 – Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan Borang Pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.
Di atasnya akan tercatat nombor akaun AHB serta jumlah pelaburan yang dimiliki. Simpan nombor akaun AHB tersebut, mana tahu pada masa akan datang anda nak tambah pelaburan lagi, boleh guna sahaja nombor akaun tersebut. Tiada buku akan diberikan, hanya salinan tersebut sahaja.
Selesai sudah.
Senangkan hendak buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Inilah Peluang bumiputera untuk terlibat dalam pelaburan yang mengguntungkan.
Korang boleh melabur maximum RM500K dalam Unit Amanah Hartanah. Jangan tunggu lagi, dah tiba masanya untuk melabur lebih dari 1 akaun selain ASB, TH dan Perbankan yang menyediakan pelaburan.
Sumber : Amanah Hartanah Bumiputera/ jomurusduit.com
2 Comments