Cara Untuk Kenal Jantina Kura-Kura Brazil

Sebelum saya cerita lebih lanjut cara mengenal jantina Kura-kura brazil, mari kita kenal dahulu kura-kura brazil.

Kura-kura brazil atau dikenal juga sebagai kura-kura ''red-ear slider'' dalam bahasa latin ''trachemys scripta elegans''.  Ini disebabkan adanya tanda warna merah tepat di belakang matanya sehingga menyerupai telinga berwarna merah.

Kura-kura ini korang boleh beli dikedai haiwan yang menjual ikan perhiasan dan barang pancing. Harga se ekor kura-kura brazil RM15 se ekor. Kura- kura ini mudah dijaga berbanding ikan hiasan.

red-ear slider

Sebelum korang beli, pastikan ciri-ciri ini bagi mengelakkan korang dapat kura-kura kurang sihat.

Cara Pemilihan Kura-Kura Brazil Yang Sihat.

Pertama - Pastikan Kura-Kura brazil berendam/berada dalam air. Jika kura-kura dilihat banyak habis masa di atas batu menunjukan kura-kura kurang sihat.

Kedua - Pastikan Kura-Kura berwarna hijau muda. Jika warna pada kura-kura warna hijau gelap, menunjukan bahawa kura-kura kurang sihat.

Selepas korang sudah pastikan keadaan kesihatan kura-kura brazil, bolehlah memilih jantina haiwan tersebut. Pemilihan jantina sama ada Jantan atau betina.

Cara Mengenal Jantina Kura-Kura.

Pertama - Bentuk Cengkerang : Bentuk cengkerang Jantan dan Betina berbeza. Jantan mempunyai bentuk cengkerang leper manakala betina berbentuk bulat.

Kedua - Corak Bawah Cengkerang : Corak bawah cengkerang untuk Jantan agak jarak coraknya. Manakala Betina corak bawah cengkerang rapat serta banyak.


Ketiga - Lihat pada ekor : Pada ekor kura-kura sukar untuk bezakan, tapi saya kongsi juga. Untuk Jantan ekor berbentuk kurus. Manakala Kura-Kura betina ekor nampak gemuk.

Kura-Kura Brazil

Korang boleh tonton video pada link ini [ https://youtu.be/jMjum6Sgz9E ] bagi memahami lebih lagi apa yang kongsikan. Kura-kura brazil cepat membesar. Saya membela hampir 6 bulan, saiz sudah separuh tapak tangan.

Makanan yang diberi adalah palet yang dibeli di kedai haiwan. Ada juga memberi ikan kecil hidup. Pastikan cengkerang kura-kura ini di gosok bagi menjaga kebersihan. Air kura-kura perlu ditukar bila sudah bertukar warna.

Kura-Kura ini perlu diletak pada cahaya matahari pagi bagi memberi kura-kura berjemur seketika. Ini untuk kesihatan kura-kura.

Saya harap perkongsian ini dapat membantu korang yang hendak membela kura-kura brazil.


Boleh juga join juga :
Youtube : https://youtube.com/@apaceritatu
Facebook : https://www.facebook.com/apaceritaini
Twitter : https://twitter.com/apaceritatu
Tiktok : http://www.tiktok.com/@apeceritatu

Post a Comment

0 Comments