Cara Hilangkan Gambar Spanar Service Kereta

Bagi yang memiliki kenderaan pastinya menghantar untuk service adalah perkara biasa. Untuk service biasa ya bergantung pada pemilik sama ada ingin hantar pada Pusat service yang menjadi pilihan sendiri.

Penting menjaga kenderaan supaya dalam keadaan baik dan mampu membawa dari satu tempat ketempat yang lain dengan tanpa masalah.

Kebiasaan kenderaan di selenggara akan muncul gambar simbol spannar pada meter Jumlah KM. Selepas di selenggara biasanya simbol tersebut akan di Reset oleh pusat service. Tapi jika pusat service terlupa reset, apa yang perlu dibuat adalah reset sendiri.

Tapi bagaimana hendak reset? Jadi untuk reset memerlukan cara yang betul, jika tidak ianya tidak menjadi. Jadi dalam video ini, saya kongsikan pada korang bagaimana hendak reset dengan mudah menggunakan kereta Perodua Myvi 2018.



Harap video ini dapat membantu korang yang tercari cara untuk reset simbol spannar ini. Mudah sahaja untuk membuatnya. Pastikan korang menghantar kenderaan korang pada kedai yang bertauliah hal kenderaan. Kes penipuan sekarang semakin menjadi-jadi.



Post a Comment

0 Comments