Untuk membuat blog anda perlu ada beberapa perkara sebelum mendaftar blog di blogger.com.
- Anda perlu mempunyai akaun email iaitu Gmail.com. Jika anda tiada email dari gmail.com sila daftar di www.gmail.com.
- Pastikan anda telah mempunyai nama blog, trademark dan arah tuju blog anda.
1. Pergi ke laman web blogger di www.blogger.com/start .
Didalam web tersebut anda boleh mendapat sedikit penerangan daripada blogger.com. Kemudian anda tekan CREATE A BLOG
2. Cara mendaftar :
- Terdapat 3 langkah sahaja untuk memiliki sebuah blog dengan blogger. Sangat mudah bukan. Apa yang perlu dilakukan Anda hanya perlu mengisi borang dengan maklumat yang diminta.
- Untuk alamat email yang diminta, anda masukkan alamat email gmail.com anda tadi.
- Kemudian setkan password untuk blog anda tadi, password tersebut jika sama dengan password email anda pun tidak mengapa.
- Display name anda masukkan nama yang ingin ditampilkan sebagai nama penghantar pada setiap posting/artikel yang dihantar diblog anda nanti.
- Word verification pula anda hanya perlu masukkan huruf/nombor yang ada pada gambar tersebut.
- Tick pada kotak I ACCEPT THE TERMS OF SERVICE
- Kemudian tekan continue.
Sekarang anda perlu memasukkan beberapa maklumat lagi untuk blog yang anda ingin daftar.
- Blog title adalah nama blog atau tajuk blog yang anda ingin buat, anda masukkan mengikut kehendak anda.
- Blog URL Address adalah link URL blog anda nanti, anda pilih suatu nama yang unik untuk alamat blog anda, contoh yang unik adalah nama anda sendiri, ini kerana nama anda adalah unik. Jangan masukan simbol seperti @, #,$,%,!, _, dll
- Kemudian anda check availability URL yang anda pilih tadi, jika dibenarkan, anda teruskan dengan tekan continue.
Anda boleh memilih Template yang disediakan oleh pihak blogger.com sebagai permulaan.
Sekarang anda sudah boleh membuat sebarang posting /menghantar sebarang artikel untuk blog anda tadi.
Mudah sahaja untuk orang baru yang mahu memulakan berblog. Pastikan anda tahu tujuan anda membina blog. Jika tidak blog anda akan menjadi suram kerana tiada matlamat yang anda letak untuk menghasilkan sebuah blog. Fikir Dahululah.
creadit picture google
0 Comments