PNB Umum Dividen ASB Tahun 2020


Seperti korang ketahui, baru ini Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Aziz mengumumkan agihan Pendapatan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Agihan Pendapatan ASB Bagi Tahun kewangan Berakhir 31 Desember 2020 adalah 4.25sen seunit dan ehsan bonus 0.75 sen seunit .

Dividen 4.25 sen Se Unit + 0.75 sen SE unit

Pada tahun ini, bonus ehsan cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB. Sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.


Bermaksud yang melebihi 30,000 unit hanya menerima deviden 4.25sen sahaja Tiada bonus diberikan. Bonus yang diberi adalah bonus ehsan. 


Rata-rata rakyat ada yang berpuas hati dan ada yang sedih dengan jumlah dividen yang semakin berkurangan. Tidak puas hati itu semestinya.


Bagi yang untuk menyimpan mungkin tidak berapa kisah tapi bagi yang membuat pinjaman pelaburan akan terkesan dengan pengumuman ini. 


Bagi pelabur, ianya sesuatu yang telah dijangka lebih lagi penyakit covid-19 yang menjadi satu alasan tambahan selain dari ekonomi dan politik yang kurang stabil.


Adakah Masih Releven Untuk Melabur Dalam ASB?

Jawapan adalah Ya. Bagi mereka yang tidak ambil kisah dan untuk menyimpan.

Manakala Tidak, bagi yang ingin untung lebih. Ada banyak pilihan pelaburan yang boleh korang ikuti seperti pelaburan saham, pelaburan hartanah dari maybank atau simpan dalam Tabung Haji dan Bank Islam. Yang Penting Kena ADA ILMU.

Tiada Masa? Itu untuk orang yang Malas. Masa boleh difapati jika pandai urus.


Perlu di ingat ianya 4.25SEN PER UNIT BUKAN RM 4.25 SEN.  Nak mudah faham RM0.0425 per unit saham.

Pengiraan adalah  contoh : RM100 (Duit korang) × 4.25/100 ( dividen bahagi dengan 100 sen bersamaan RM1)


Apa pun keputusan dari PNB, Pelabur/penyimpan perlu terima hakikat ini adalah keuntungan yang telah di beri. Nak bising tidak boleh kerana pelaburan berlandaskan islam tidak menjanjikan pulangan tetap seperti konversional.

sumber : Astro Awani, PNB

Post a Comment

0 Comments