Kemas Kini Maklumat BR1M 2018 Dibuka

Kemas Kini Maklumat BR1M 2018 Dibuka | Sedikit perkongsian untuk yang pernah dapat BR1M. Saya kongsikan maklumat dari sebuah laman web surat khabar.

PUTRAJAYA: Kerajaan memaklumkan bahawa permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun depan akan dibuka mula 27 November hingga 31 Disember ini.

to

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, bagi permohonan secara manual atau pengisian borang, Borang BR1M 2018 boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

"Pemohon juga boleh memuat turun borang pemohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

"Portal ini juga boleh digunakan untuk permohonan atau bagi mengemas kini butiran secara atas talian.

"Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia dan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. 

"Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa kerjaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan melalui aplikasi WhatsAPP dan media sosial lain.

Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018, yang sudah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang BR1M.

Menerusi bantuan itu, kerajaan berharap ia dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Tahniah bagi yang dapat BR1M, jangan lupa kemaskini maklumat anda untuk mendapat BR1M bagi tahun 2018. Gunakan secara betul supaya wang dari bantuan kerajaan tidak digunakan untuk kegunaan atau barangan yang tidak berguna.

Bersyukur dapat wang bantuan yang tidak seberapa. Ada yang tidak dapat walaupun orang tersebut sebenar lebih layak. Fikir Dahulu Sebelum Berbicara.

Sumber- Berita Harian

Post a Comment

0 Comments