Instant Transfer Tiada Dikenakan Cas

Instant Transfer Tiada Dikenakan Cas | Paling tidak digemari oleh sesiapa sahaja termasuk saya adalah cas yang dikenakan jika melakukan “Instant Transfer” sebanyak RM0.50 dan GST RM 0.03. Sudahlah dikenakan cas dikenakan lagi cukai. Cas yang dikenakan jika berlaku perpindahan wang di antara bank ke bank lain.

Bank Negara akhirnya akan memansuhkan cas sebanyak 50sen untuk tujuan permindahan segera bermula 1 Julai 2018. Bermakna tiada lagi cas yang akan dikenakan selepas ini oleh mana-mana bank di Malaysia.

Instant Transfer Free


Permindahan ini hanya terhad pada jumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja yang tidak dikenakan cas 50 sen. Jika lebih akan dikenakan cas yang ditetapkan pihak bank. Langkah yang dilakukan pihak Bank Negara bertujuan supaya menggalakkan pembayaran elektronik.

Ianya juga bagi meningkankan penggunaan e-dagang dan arena kewangan digital berkembang dengan lebih pesat. Pada tahun 2018, akan menyaksikan berlaku peningkatan dompet digital yang wujud bakal diperkenalkan oleh pelbagai pihak untuk transaksi e-tunai.

Dengan ini, kita perlu bersedia untuk menggunakan kewangan digital tanpa menggunakan wang tunai sebelum ini. Kita juga perlu meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber yang bakal meningkat. Semakin Maju Semakin Mencabar.

Post a Comment

0 Comments