Model SUV Perodua Terbaru

Model SUV Perodua Terbaru | Sekarang dekat laman sosial sibuk bercerita mengenai kenderaan baru yang bakal di keluarkan oleh pengeluar kenderaan tempatan Perodua ( Daihatsu dan Toyota [Japan]) dan Proton (Geely [China]).  Pelbagai cerita mengenai kenderaan baru yang akan dikeluarkan.

Nampaknya, pasaran jualan bagi kenderaan tempatan mendapat sambutan yang baik dikalangan Rakyat Malaysia. Menjadi tumpuan sekarang adalah kenderaan SUV pertama Perodua yang bakal dikeluarkan oleh perodua.

Kenderaan SUV yang bakal dikeluarkan berdasarkan Model dari Toyota. Tetapi belum dapat dipastikan rekaan sebenar SUV tersebut. Gambar yang terdapat dilaman sosial dikatakan adalah gambar grafik dari sebuah laman sosial. (Rujuk Gambar Dibawah)

Khabarnya, Model terbaru SUV Perodua mempunyai 7 tempat duduk dan bahagian lain belum dapat dipastikan. Adakah model SUV ini akan menggantikan Model MPV Alza? Adakah Khabar angin Model MPV Alza Baru mungkin tiada? SUV ini di khabarkan akan di lancarkan pada Tahun 2018, sama ada pertengahan tahun atau hampir hujung tahun.

Jika di amati, Strategi Perodua tidak akan memusnahkan produk terbaru mereka iaitu MYVI 2018 yang baru sahaja dilancar sebelum ini. Jadi kita tunggu sahaja gambar bocor dari pengamal media siber (yang dibayar Perodua untuk Promosi sebelum pelancaran) untuk kenderaan sebenar SUV Perodua.




Post a Comment

0 Comments