Situasi ibubapa kita pada zaman masa tersebut adalah berbeza dengan sekarang. Dahulunya zaman ibubapa kita hidup berdikari seawal muda 7 tahun. Mencari rezeki dengan berkerja diladang, kedai makan dan seumpamanya. Hendak memiliki barangan perlu berusaha sendiri jika tidak, tidak dapatlah barangan yang di ingini.
Berbeza di zaman moden serba canggih, iaitu zaman kita yang sedang hadapi. Segalanya ibubapa telah sediakan sehinggakan mahu membeli sesuatu barangan hanya meminta tanpa berusaha dengan berkerja dengan kuat.
Lihat lah perbezaan zaman ini, jika kita masih mengajar anak seperti dahulu dengan berusaha maka perkahwinan se usia muda pasti akan kekal. Tapi, jika cara zaman moden pasti akan menjadi sebaliknya.
Anda perlu faham kenapa zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Bukan tidak membenarkan tetapi budak-budak zaman sekarang terlalu manja. Lihatlah sendiri bagaimana ibubapa sekarang mempertahankan anak mereka sehingga guru yang memberi didikan selalu dipersalahkan.
sumber dari akhbar tempatan |
Ketahuilah anda yang bakal atau sedang menjadi ibubapa, bahawa perkahwinan ini bukan satu permainan kahwin-kahwin. Ianya melibatkan masa depan anak dimana ianya akan membentuk masa depan keluarga dan negara. Lihatlah bertapa ramai wanita yang menjanda, jika mempunyai anak, apakah masa depan anak tersebut. Fikir-Fikirkan
0 Comments