Touch ‘n Go Sdn Bhd Menamatkan Peranti SmartTag Model OBU 33O

Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) telah memaklumkan perkhidmatan selepas jualan bagi peranti SmartTag model OBU 33O bakal ditamatkan berkuatkuasa 1 Julai 2018. Syarikat itu berkata, peranti yang telah digunakan lebih 10 tahun itu menyebabkan komponen untuk pembaikannya telah usang, terhad dan beberapa bahagian dalamannnya kini tidak dapat diperoleh lagi.

Bagaimana pun, bagi pelanggan yang masih menggunakan peranti berkenaan, mereka boleh terus menggunakannya seperti biasa kerana makluman ini tidak menjejaskan fungsi operasi sedia ada. 
Namun demikian, selepas tarikh 1 Julai ini, TNGSB tidak akan menerima sebarang permintaan untuk membaiki model ini dan memohon maaf jika para pelanggan mengalami kesulitan berkaitan dengan perkara ini.

Berita penamatan peranti smarTag Model OBU 33O agak mengecewakan beberapa pengguna. Ini kerana peranti ini lebih tahan berbanding peranti baru yang berada dalam pasaran. Di harap pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) dapat mengeluarkan peranti SmartTag sebagus Model OBU 33O.

Post a Comment

0 Comments