PROTON SUV X70

Model SUV dari Proton yang tidak perlu lagi saya perkenalkan. Sebabnya korang sudah tahu mengenainya.

Proton dengan kerjasama Geely akan melancarkan SUV X70 pada 12 December 2018 berdasarkan Khabar angin yang kencang. Sebelum ini khabar angin kencang memberitahu mereka akan melancarkan pada bulan Oktober 2018 tetapi sunyi sepi. Kemudian, bulan November 2018 khabarnya tetapi sunyi sepi juga. Kini Bulan December 2018, adakah benar?


Ramai menantikan harga Proton Geely SUV X70 bagi memastikan harganya boleh dimiliki. Proton Geely SUV X70 di import dari China untuk permulaan dan selebihnya akan dipasang di Malaysia.

Proton X70 ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi (Turbo Gasoline Direct Injection). Unit ini mampu menghasilkan sebanyak 135 kW (181 hp) pada 5,500 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 285 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula boleh dicapai dalam masa 10.5 saat.

Terdapat dua sistem pacuan yang adakan ditawarkan; 2WD (tiga varian) dan AWD (satu varian). Penggunaan minyak bagi model 2WD disifatkan mampu memberikan 7.8 liter bagi setiap 100 km, manakala penggunaan minyak bagi model AWD masih beluh dimaklumkan.

Teknologi multimedia juga menjadi antara yang menarik dalam penawarannya. X70 antara lain turut dilengkapi dengan pengantar keseluruhan sistem multimedia bersepadu melalui sebuah head unit dengan TFT 8-inci skrin sentuh (resolusi 1,280 x 720) yang hadir bersama sistem GKUI – yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian. Buat masa sekarang, ia beroperasi menggunakan platform Android terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada Apple CarPlay nanti.

Lain-lain kelengkapan termasuk lima ciri yang diketengahkan pada laman utama skrin unit ini; Voice Command, GPS, Music, Phone dan juga System Settings. Untuk menggunakan head unit berkenaan, ia sama sahaja dengan cara kita menggunakan skrin sentuh pada telefon – leretkan ke kanan atau ke kiri untuk melihat aplikasi yang ada.

Selain itu, model ini juga akan didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang mengkagumkan; antaranya dengan ciri AEB dan juga ACC. Perlu juga dinyatakan, X70 sudah pun menjalani ujian panarafan untuk ASEAN NCAP, dan hasilnya membanggakan, dengan penilaian lima-bintang bagi keselamatan penumpang.







































Post a Comment

0 Comments