Proton Preve Terbaru | Biar Betul

Siapa yang tidak kenal dengan Proton, Kereta Nasional Negara Malaysia Pertama diperkenalkan. Tapi itu dululah, sekarang ianya milik swasta sepenuhnya.

Proton sedang meraikan kejayaan jualan bulan Mei kenderaan mereka yang kini telah mencecah 10k unit. Wow!!! Kan. Dengan pengenalan model Proton X70 serta sumbangan Kenderaan Saga, Persona, Iris serta Exora.

Harga juga memainkan peranan penting dalam jualan kenderaan Proton. Dimana Kenderaan Proton Boleh di dapati dalam julat harga yang mampu dimiliki golongan pertengahan.

Saya tutup dulu pasal kejayaan yang membanggakan Proton ini. Baru ini AJERUL buat hal apabila beliau telah berkongsi Grafik Terbaru Proton Preve. Memang WOW!!! Rekaan Grafik beliau.


Proton Preve dalam Grafik AJERUL sangat mewah dan nampak menawan. Terdapat sentuhan rekaan dari kenderaan GEELY dan Honda. Kenderaan apa? Korang teka lah sendiri.


Rekaan dalaman yang kemas serta mewah menampakkan lagi bertapa mewah kenderaan Proton Preve walaupun Hanya Grafik.




Grafik dari AJERUL tidak pernah mengecewakan kerana rekaan menepati cita rasa pengguna Malaysia. Jika ianya jadi kenyataan pasti laku keras kereta ini.

Tahniah untuk Proton bagi jualan Bulan Mei 2019. Jaga - jaga Perodua, mungkin perodua akan jatuh tangga kedua dan Proton kembali merampas tahta yang sebelum ini milik Proton.

Post a Comment

1 Comments

Mieza S said…
lawa la design baru ni