Logo Baharu Proton

Proton dalam proses perubahan bagi meningkatkan keyakinan pengguna di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang Proton X70 sudah banyak dijalanraya.


Evolusi PROTON sejak ia mengumumkan kerjasama strategik di peringkat global dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017, satu kerjasama yang mewujudkan peningkatan mendadak PROTON.

Antara kejayaan yang dikecapi dalam tempoh hanya dua tahun ialah
  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran.
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019.
  • Lebih 102 pusat 3S dan 4S, dan jumlahnya kini semakin meningkat.
  • 5 model baharu telah dilancarkan dalam tempoh 8 bulan

Jadi, masanya telah tiba untuk PROTON mengubah Logo, Slogan dan Warna. Tujuan adalah untuk menunjukkan komitmen pada pelanggan bahawa Proton Sekarang lebih baik dan berkualiti.


Penting Ke Perubahan Logo, Slogan Dan Warna?

Bagi kita nie, perubahan Logo, slogan dan warna syarikat nampak seperti membazir. Tetapi kita kena faham bahawa perubahan bertujuan menunjukan keyakinan pelanggan terhadap jenama.

Jenama yang sebelum ini amat kurang bagus perlu menunjukan perubahan untuk berubah dengan lebih bagus. Dengan perubahan Logo mudah untuk pasaran antarabangsa.

Korang akan faham akan pentingnya logo syarikat bila korang mempunyai syarikat atau perniagaan sama ada kecil atau besar.

Selamat maju jaya PROTON.

Post a Comment

1 Comments

dear anies said…
perubahan logo seharusnya selari dengan perubahan yg dibawa proton kepada dunia permotoran