Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Proton telah melanjutkan tempoh tempahan dalam talian sehingga 17 September.
Dr Li Chunrong berkata, pelanggan begitu tertarik dengan dengan rekaannya yang diperbaharui, komponen yang dipertingkat serta sistem infotainmen skrin sentuh yang ditawarkan. Syarikat turut kagum dengan jumlah tempahan dalam talian yang diterima setakat ini dan ia telah melebihi jumlah yang mereka terima sebelum ini untuk X70.
Proton Saga 2019 Sedan mampu miliki yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia kini ditawarkan dengan lima warna menarik iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon, dan Ruby Red.
Harga jualan pula ditetapkan seperti berikut:
- Saga 1.3L Standard MT: RM32,800
- Saga 1.3L Standard AT: RM35,800
- Saga 1.3L Premium AT: RM39,800
0 Comments