New PERODUA MYVI Warna Electric Blue

Legenda kembali dengan warna terbaru. Warna yang paling banyak permintaan daripada pelanggan.

Perodua terpaksa akur dengan kehendak pelanggan. Nak tak nak, akhirnya perodua keluarkan dengan hanya menambah baik ciri keselamatan pada model Myvi.

Ianya bukan 'Facelift' hanya penambahan dengan pengenalan warna permintaan ramai, Warna Biru.

sumber gambar PERODUA

sumber gambar PERODUA

Ciri terbaru yang ditambah adalah ciri keselamatan dengan menambah sistem bantuan pemanduan Advanced Safety Assist (ASA) pada myvi yang telah dipertingkatkan dengan sistem ASA 2.0.

Harga kalau korang hendak miliki MyVi dari harga RM 41, 292 sehingga RM 52, 697 bergantung kepada jenis varian yang korang minat. Harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Korang boleh layari laman web Perodua untuk mendapat maklumat atau pergi ke pusat jualan untuk mnedapat lebih maklumat selain dalam talian.

Harap perodua boleh memperkenalkan warna kuning pulak lepas ini.

Post a Comment

0 Comments