Satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya mungkin juga diri korang juga. Betul ke saya sudah matang sepenuhnya? Walaupun usia semakin meningkat adakah fikiran dan diri matang sama? Adakah seseorang yang sudah Baligh sudah matang sepenuhnya.?
![]() |
sumber gambar dari google search |
Ciri - Ciri Sifat Orang Matang
Antara ciri sifat orang yang betul matang dalam hidup ini yang amat sukar dijumpai ;- Korang dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat tidak tercapai.
- Korang mampu menyembunyikan perasaan Korang yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
- Korang tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
- Korang dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
- Korang mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun Korang ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
- Korang dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya korang tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat korang yang lain.
- Korang terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud korang.
- Korang dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
- Korang memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
- Korang memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang korang tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
- Korang berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar korang minati.
- Korang mengaku dengan jujur tidak tahu bila korang betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
- Korang menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
- Korang akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa Korang dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
- Korang dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun korang tidak merasa senang kerananya.
- Korang boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak Korang sukai.
- Korang dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
- Sekiranya Korang LELAKI, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa korang adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
- Sekiranya Korang WANITA, Korang dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
0 Comments