Biasanya kita selalu dengar yang menawarkan Fibre Unlimited ini Tm-Unifi berdasarkan pakej kelajuan yang di sediakan. Ada juga telco lain menawarkan pakej Fibre untuk pengguna dengan kadar harga sama dengan Unifi dari Telekom Malaysia.
Sebelum saya pergi jauh, artical ini tidak ditaja. Ini adalah pembacaan yang saya dapat dalam carian En. Google.
Untuk kali ini Digi pula membuat penawaran Pakej Fibre mereka dengan memperkenalkan "Digi Fibre Broadband Unlimited". Iklan yang saya jumpa terdapat sedikit perbezaan dengan Telco lain.
Pakej permulaan Digi bermula dengan harga RM90 tidak termasuk SST 6% untuk kelajuan 50Mbps. berbanding dengan telco lain yang menawarkan Pakej permulaan serendah RM89 tidak termasuk SST untuk kelajuan 30Mbps.
Korang boleh nampakkan perbezaan Digi dengan Telco lain untuk bersaing dengan Telco lain dalam Fibre. Tetapi persamaan dengan Telco lain, Digi menyewa Fibre Optic dengan Telekom Malaysia atau dengan bahasa mudah faham Unifi.
Jadi dimana ada Unifi Fibre di situlah ada juga Digi, Maxis dan Celcom. Senang sahaja menyewa dengan fasiliti yang sedia ada. Jimat kos tapi untung banyak.
Antara pakej yang ditawarkan oleh Digi untuk korang. Korang boleh lihat sendiri.
Jika kawasan rumah korang tiada Fibre Optic dari TM, korang boleh memilih untuk ambil pakej Unlimited High Speed Postpaid dari Digi serendah RM60. Tapi sayangnya pakej ini ada had perkongsian data sebanyak 20GB. Agak rugi kalau untuk digunakan dirumah.
Untuk kegunaan sendiri agak berbaloi tetapi dari segi Coverage agak kurang memuaskan. Ada setengah tempat 4G full tapi line slow sekitar 512kbps kebawah. Tonton YouTube pun tidak lepas.
Pilihan di tangan korang. Mana rasa berbaloi bulih langgan. Tiada paksaan. Sekarang ini pun TNB juga sudah join bidang komunikasi Fibre dengan penawaran lagi hebat melalui anak syarikat mereka.
Nak apa yang hebat dengan Fibre TNB, kena tunggu dulu buat masa nie. Penawaran hanya di negeri Melaka, Perlis dan Kedah. Sekarang baru masuk Negeri Perak dan Pulau Pinang. Nanti saya kongsikan dengan korang pakej TNB.
sumber DiGi
0 Comments