Sebut sahaja nama boboiboy pasti ianya berkait rapat dengan sebuah syarikat animasi Monsta. Ramai yang tidak sabar dengan francais animasi BoboiBoy baru.
Siri animasi berkenaan pasti korang sudah tahu mengenai filem terbaru mereka iaitu Mechamato yang diumumkan pada tahun lalu.
Kini Monsta telah menerbitkan Filem baru tetapi bukan mengenai boboiboy tetapi ayah boboboi. Setelah beberapa bulan tertangguh, akhirnya peminat setia BoboiBoy atau peminat filem animasi pasti teruja dengan animasi baru iaitu Mechamato.
Pihak Monsta telah pun memuat naik trailer untuk filem berkenaan di YouTube. Korang boleh layan dekat bawah nie.
Trailer filem yang berdurasi 2 minit ini sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu, memberikan bayangan kepada penonton bagaimana animasi Mechamato ini akan beraksi di layar perak.
Buat korang yang masih tidak tahu filem ini merupakan sebuah filem spin-off dimana ia mengisahkan pengembaraan seorang budak lelaki bernama Amato (ayah BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi tuan MechaBot!
1 Comments