Kemudahan Pengeluaran Wang Ahli KWSP | i-Citra

Perdana Menteri Malaysia Telah Mengumumkan Plan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIHAN). Penggumuman ini bagi membantu rakyat yang dihimpit kesusahan dan membaik pulih ekonomi Negara.

KWSP JALAN RAJA LAUT
SUMBER LOGO KWSP JALAN RAJA LAUT

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang diberikan adalah berbentuk kebenaran pengeluaran wang Ahli KWSP / EPF sehingga RM5000 yang diberi nama i-Citra. Sebelum ini nama i-Sinar sekarang nama baru i-Citra. Aduhai Kerajaan Malaysia.

Pemberian wang pada ahli yang mohon akan bermula pada bulan Ogos 2021 secara bulanan setiap bulan sebanyak RM1000. Permohonan i-Citra dibuka pada 15 Julai 2021.

Boleh daftar i-Citra dengan layari laman https://icitra.kwsp.gov.my . Laman Web tersebut belum lagi aktif lagi. Jadi tunggu dahulu yea.

Diharap KWSP tidak meletak gambar provokasi supaya beringat sebelum mohon pengeluaran wang KWSP seperti dalam i-Sinar. Ini kerana kerajaan sendiri suruh rakyat guna duit simpanan perlaburan KWSP di hari tua.

Kerajaan sudah tidak mampu untuk membantu rakyat, hanya rakyat bantu sesama sendiri. Kerajaan hanya mampu bantu orang kaya supaya kekal kaya.

Nampaknya Pakej PEMULIHAN rakyat terpaksa guna wang sendiri lagi untuk hadapi COVID-19. Adakah Ini ke dinamakan Pakej yang terbaik yang Kerajaan boleh fikirkan bagi pada Rakyat? Fikirkan.

Post a Comment

0 Comments