Logo Baru Perak FC Dengan Azam Baru

Kelab Bolasepak Perak FC kini telah dimiliki oleh XOX iaitu syarikat telekomunikasi. Dengan membeli kelab yang banyak hutang dengan harga RM1.

Perak FC adalah kelab yang tiada apa-apa aset sama ada Stadium, tempat latihan dan juga banggunan kelab. Lebih lagi dengan jumlah mata liga dibawah 0 mata.

Ianya menjadi cabaran besar bagi pemilik baru untuk membawa pasukan Perak FC menjadi hebat.

Dengan pengambil alih, Perak FC kini menggunakan logo baru yang lebih menarik untuk saingan Liga Malaysia.

Dengan reka bentuk logo yang bulat, warna asal Perak FC Kuning hitam dan Maskot seladang yang tertera pada logo. Ianya menampakkan lagi bertapa menarik logo baru ini.

Terdapat juga huruf pada tengah logo iaitu PFC serta gambar bola antara huruf. Tidak lupa juga tahun kewujudan Kelab Perak yang dahulunya dikenali sebagai Perak FA.

Kelab Perak mempunyai beberapa logo lain yang sememangnya menarik bila di amati. Dengan wajah baru dan pengurusan baru Perak FC, diharap Perak FC boleh mengharungi cabaran Liga Malaysia dengan lebih baik.

Manakala, diharap penyokong bolasepak Kelab Perak FC teruslah menyokong kelab ini yang sedang bermula kembali dari bawah.

Terus bagi sokongan untuk majukan bolasepak Negeri dan Negara. Perak FC mungkin tidak boleh jadi seperti kelab kaya raya, tapi sekurangnya menjadi kelab yang hebat bersaing untuk kelab yang mewah dan lagenda.


sumber Penyokong Perak FC

Post a Comment

0 Comments