Labur Saham Mudah Kaya | Betul Ke ?

Betul ke saham ini mudah cepat kaya? atau hanya gimik semata-mata? Pasti ini yang selalu bermain difikiran korang. Lebih lagi bagi yang masih tercari-cari hala tuju mudah menjana pendapatan.

Untuk masuk dalam dunia perlaburan, seseorang perlu tahu ilmu perlaburan sebelum terjun dalam bidang perlaburan saham. Ianya bertujuan mengelakkan korang mengalami kerugian besar dan penipuan. Ramai yang Masih tidak faham kenapa perlu ada ilmu perlaburan.


Ilmu perlu ada bagi membantu mendapat saham yang berkualiti dan berdaya harap untuk untung dalam masa singkat atau panjang. Ilmu juga membantu dalam unit perlaburan yang dikendalikan oleh agensi yang berlesen.

Dengan adanya ilmu memudahkan perlaburan dibuat berdasarkan ilmu yang dibelajari dan mengurangkan risiko rugi.

Nilai Wang Perlaburan

Pernah dengar dengan hanya RM100 boleh melabur Saham? Yea, korang memang pernah dengar. Memang betul dengan RM100 korang boleh melabur dengan membeli minimum 100 unit saham.

Tetapi dengan RM100 sahaja belum pasti korang boleh dapat pulangan modal atau untung dalam jangka masa panjang dan pendek. Dengan jumlah perlaburan yang kecil, kos yang perlu di tanggung semasa pembelian dan penjualan saham pasti merugikan.

Modal yang sesuai adalah antara RM1000 - RM5000 untuk permulaan bagi mendapat untung selepas tolak kos. Kenapa saya kata kos ribu baru senang dapat untung? Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam dunia perlaburan.

Jika korang tiada nilai sebesar tu, sebaiknya kumpul dahulu di unit perlaburan di ASB sebaiknya. Kumpul sambil melabur. Sambil kumpul, cari ilmu asas PERCUMA dahulu dalam bidang perlaburan yang boleh didapati dalam Media SOSIAL. Jangan buang wang pada yang berbayar jika tiada ilmu asas perlaburan.

Perlaburan Saham Boleh Senang Kaya Ke?

Tidak Jika tiada Ilmu dan wang. Yea, jika ada ilmu dan wang. Lagi besar nilai unit dibeli, peluang untung ada. Yang penting ILMU.

Post a Comment

0 Comments