Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan

Eh! Saya bukan hendak jual insurans, sekadar berkongsi cerita mengenai Insurans. Baru ini pejabat saya ada buat hari kesihatan dan keselamatan.

Kebetulan pula ada ceramah mengenai apa itu insurans. Bukan hendak jual rupanya hanya penerangan mengenai Insurans sahaja.


Permulaan ceramah, sudah memberi amaran bahawa ceramah beliau akan menyebabkan pendengar mengambil insuran atau menambah insuran atau langsung tidak mengambil insuran.

Sebelum saya pergi jauh apa kata korang faham dulu apa maksud insurans.

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi, seperti syarikat korang, kepada syarikat insurans. Korang atau syarikat korang akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada korang dalam bentuk premium dan sekiranya korang mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada korang.

Syarikat Insuran Di Malaysia - sumber dari IJN

Setakat ini harap korang fahamlah maksud insurans. Saya akan bawa korang pergi ke bahagian berikut iaitu jenis insurans. Insurans yang biasa ada dan pernah korang dengar ialah
  • Insurans Kenderaan
  • Insurans Rumah
  • Insurans Diri atau kelurga
  • Insurans Harta
Saya tidak perlu terangkan pasal setiap insurans diatas kerana korang sudah sedia maklum mengenai insurans yang saya nyatakan itu. Setiap insurans mempunyai perlindungan berbeza berdasarkan polisi yang ditawarkan.


Setiap insurans tidak meliputi semua yang di lindungi. Saya ambil contoh insurans kereta, ianya hanya melindungi kereta korang dari kerosakan akibat kemalangan. Tetapi insurans tersebut tidak melindungi pemandu untuk perubatan akibat kemalangan dan tidak melindungi kereta korang akibat dari bencana alam.

Insurans yang hendak korang ambil bukan insurans pelaburan kerana insuran pelaburan tidak menjanjikan pulangan yang diberitahu oleh ejen insurans. Jika korang nak melabur silalah melabur dalam perlaburan yang di iktiraf seperti ASB, ASN, Saham dan Lain lagi.

Korang kena faham, insurans yang di bayar tidak mungkin akan dapat kembalikan duit yang dibayar bulan - bulan kerana insurans yang dibayar adalah untuk melindungi jika ditimpa masalah dimasa mendatang.

Persoalanya sekarang 'Perlu Ke Insurans Dalam Kehidupan?' Jawapan Tersebut korang akan dapat bila korang baca lagi perkongsian berikutnya.

Kenapa saya tidak bagi tahu sekarang!? Padahal tajuk artical ini adalah persoalan yang perlu saya jawab.

Tetapi saya seakan tidak mahu memberi jawapan. Kerana perkongsian yang saya buat ini untuk korang sendiri yang akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran korang.

Post a Comment

0 Comments