PEMBAYARAN BSH 2019 FASA PERTAMA
28 JANUARI 2019 mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layakmenerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
• Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
• Warga emas sebatang kara
Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layakmenerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan BSH 2019.
Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
Untuk semakan status Bantuan Sara Hidup 2019 anda boleh layari laman sesawang Bantuan Sara Hidup Rakyat
Setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.
Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) mulai 27 Disember 2018.
Layari >> https://bsh.hasil.gov.my
1)Tekan Link yang di beri dia atas, Kemudian tekan pada MyBSH.
2) Masukkan nombor MyKad dan tekan semak.
3) Pastikan ianya nama korang, dan tekan Mohon TAC. Sms akan hantar ke nombor telefon yang korang daftar.
4) Tekan pada Semakan untuk semak status jumlah pembayaran.
5) Korang akan dapat maklumat lengkap seperti dibawah ini.
Tahniah bagi sesiapa yang dapat bantuan ini. Gunakan sebaiknya supaya ianya tidak dibazir pada perkara yang tidak sepatutnya.
0 Comments