Kenali Logo Baharu MFL Pengendali Liga Bola Sepak Malaysia

Jika korang yang tidak tahu, MFL merupakan pengendali liga Malaysia. Selepas menukar nama daripada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) kepada Malaysian Football League (MFL).


Logo baru telah dipilih sendiri oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selepas penjenamaan semula MFL.

Logo baharu ini merangkumi keseluruhan Liga Malaysia dan melambangkan aspirasi MFL yang berpandangan jauh ke hadapan.

Logo baharu ini merangkumi keseluruhan Liga Malaysia dan melambangkan aspirasi MFL yang berpandangan jauh ke hadapan.

3 Panel bola

3 panel bola sepak ini melambangkan 3 piala yang dikendalikan oleh MFL iaitu:
1. Piala FA
2. Piala Malaysia
3. Challenge Cup

4 Jalur Merah
Logo ini juga tertera 4 jalur merah yang memberi perlambangan kepada 4 tahap sistem/piramid/struktur Liga Malaysia.
1. Liga Super
2. Liga Perdana
3. M3
4. M4

Bucu Segi Enam
Bentuk segi enam yang melambangkan kesemua pertandingan yang dianjurkan oleh MFL iaitu
1. Piala Sumbangsih
2. Liga Super
3. Liga Premier
4. Piala FA
5. Piala Malaysia
6. Challenge Cup

Bulan Sabit dan Bintang Bucu 14

Bentuk bulan sabit dan bintang yang diambil daripada Jalur Gemilang untuk melambangkan Malaysia, dan bentuk kibaran bendera yang melambangkan kemampanan dan sifat progresif yang akan dibawa oleh MFL.

Dengan penampilan baru MFL ini diharap boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi persatuan dan kelab bolak sepak Malaysia.

p/s: Kesian pemain sebuah persatuan ini, gaji tidak dibayar. Dari permain bola sepak profesional menjadi pekerja am. Minta gaji tertungak sudah macam mengemis.

Post a Comment

0 Comments