Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Memang Menarik

Cuti sekolah sudah hampir berakhir. Pasti korang yang Bercuti di dalam negara atau luar negara sudah kembali kerumah.

Jadi bila dah kembali pasti terfikir apa aktiviti yang hendak di buat. Apa kata korang tonton wayang cerita "Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal".


Sumber gambar : Les' Copaque'

Ceritanya sangat menarik. Banyak kali jugalah aku tergamam tonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Bukan apa, grafik sangat cantik seperti Kualiti standard animasi antarabangsa.

Tak tahu nak cakap macam mana. Puas hati sangat. Bangga betul Malaysia dapat hasilkan animasi berkualiti seperti ni. Soundtrack? Sangat bagus. Storyline? Senang nak faham. Background music? Pergh sangat bagus. Masa Lagu keris sakti memang syok sangat bila dengar.


Apa jua scene yang nak dibawa pasti kita dapat 'rasa'. Bila babak sedih, bergenang juga air mata siot. 2 kali tue. Haha. Scene mana tue korang tengok sendiri ler.

Bila scene lawan, gempak siot, dah macam tonton Holywood superhero. Filem ni cepat, pertukaran babak ke babak laju. Anak-anak kita memang suka 'formula' sebegini. Tak buang masa.

Mak ayah, jangan risau. Kalau kau tak masuk dengan watak siri Upin Ipin, Les Copaque menyediakan watak-watak zaman kanak-kanak kita.

Nujum Pak Belalang, anaknya Si Belalang, Mat Jenin, Tanggang dan ibunya, Raja Bersiong, Bawang Putih Bawang Merah dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Krew produksi bijak menyelitkan satu dua adegan yang dah tersimpan dalam memori kita. Sebagai contoh, scene Belalang buat air kopi dengan mengikis buntut kuali. Jangan tak percaya, momen ni pun ada dalam filem. Berdekah-dekah aku dan penonton ketawa.

Berkaitan dengan watak Mat Jenin, kita semua tahu dia suka berangan-angan. Tapi dalam filem ni mereka jadikan impian beliau satu kenyataan. Sungguh positif!

Kita juga tahu Tanggang disumpah menjadi batu dek derhaka kepada ibunya. Maka, dalam filem ini dipaparkan watak bondanya yang merindui si anak. Menyesal kerana menyumpah anaknya sendiri. Jujur aku katakan, sedih gila part ni. Bergenang lagi air mata. Sob sob.

Tak ada lagi yang mampu aku ucapkan selain rasa bangga dan terharu! Ya, bangga kerana filem ini hasil anak tempatan. Lupakan Upin Ipin The Movie (filem pertama) dan lupakan terus filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng (Paling tak suka anak2 ku).

Ini baru movie! Ini yang penonton mahukan! Ini yang anak-anak kita akan kenang sampai bila-bila! Jangan keluar awal sangat, ada babak akhir untuk movie terbaru PUTERi.

Jadi, untuk filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal aku beri :

10/10 untuk soundtrack
10/10 untuk kualiti animasi
9/10 untuk pengembangan watak
10/10 jalan cerita
9.8/10 untuk keseluruhan

Jangan lupa untuk menontonya nanti. Korang pasti rasa puas hati.

Post a Comment

2 Comments

umifuzy said…
ramai kata filem ni best..mmg kena tgk la nanti..tunggu tonton online nanti

salam kenal dari www.umifuzy.com
ct cheery said…
Belum nengok lagi. Nak langgan kat astro pun malas... hehehe