Kerja Kosong | FGV Kurangkan Pekerja

Kerja semakin berkurangan dengan penutupan beberapa syarikat gergasi dan syarikat kecil. Ramai di antara kita yang telah diberhentikan secara sukarela dan ada juga secara paksaan.

Jika korang bakal lepasan Universiti atau Kolej, cabaran yang sebenar akan korang hadapi adalah mencari kerja yang sesuai dengan kerjaya bidang dipelajari.

Teknologi semakin maju, semakin maju teknologi semakin manusia bakal tidak diperlukan untuk beberapa sektor kerja.

Dengan ekonomi yang tidak begitu baik dan politik yang bercelaru menjadi salah satu masalah untuk wujud peluang pekerjaan yang banyak.

FGV sebuah syarikat perladangan dan pembuatan menghadapi masalah kewangan. FGV syarikat besar yang dijamin kerajaan ini bakal mengurangkan pekerja seramai 6,000 pekerja.

Wisma FGV

Pengurangan bagi mengurangkan kos operasi, ini langkah terbaik bagi CEO FGV. Adakah korang rasa langkah ini salah? Yea, memang salah tetapi tidak salah bagi sebuah syarikat bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Jika korang fikir makan gaji boleh selamat selamanya sehingga pencen, korang amat silap. FGV bukan satu-satunya syarikat yang mengalami masalah. Ada lagi yang bakal menyusul.

Jangan memilih kerja. Kerja apa sahaja dari tiada kerja. Jangan sombong kerana korang ada diploma atau ijazah atau master atau PHD. Itu bukan jaminan korang boleh berjaya di dalam alam pekerjaan.


Post a Comment

1 Comments

Ana Suhana said…
Cabaran hari ini utk para graduan. Masa sis dulu masih ok lagi. Semoga ada rezeki buat mereka yg mencari pekerjaan.