Masa untuk mendaftar SSPN-i secara Online kurang dari 30 Minit. Ambil masa untuk membuat simpanan belajar sambil melabur untuk anak korang.
Har ini saya akan kongsikan Cara mudah daftar akaun SSPN-i Plus:
SSPN-i Plus Online Dari PTPTN
Langkah pertama :
Tekan link yang diberikan di atas kemudian pilih yang saya bulatkan iaitu Pembukaan Akaun
Pilih pembukaan akaun untuk anak sendiri dan isi nombor ic ibu/bapa dan maklumat yang diminta.
Pilih pakej simpanan yang ibu/bapa nak simpan contoh pakej intan sebulan RM30 atau mana pakej mengikut ibu/bapa nak simpan RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500.
Langkah kedua :
Seterusnya isi maklumat pendeposit iaitu nama ibu atau bapa yang hendak buat simpanan
Semak semula maklumat yang telah diisi sama ada betul atau salah
Langkah ketiga
Pilih kaedah potongan bulanan yang hendak dilakukan ibu/bapa sama ada autodebit, potongan gaji atau direct debit
Contoh ibu/bapa memilih autodebit isi kan nama bank dan juga nombor akaun bank yang diminta untuk potongan bulanan
Seterusnya bayaran simpanan pembukaan akaun haruslah 2 bulan ini kerana potongan akan diproses 2 bulan selepas pendaftaran akaun.
Akhir sekali pilih payment option untuk pembayaran 2 bulan tersebut ikut bank ibu/bapa ada dan selesai.
Mudah sangat mendaftar secara Online. Dengan simpanan sambil melabur dari PTPTN dapat mengelakakan anak-anak kita dari berhutang dengan PTPTN selepas habis pengajian. Jangan tangguhkan lagi, mulakan dari sekarang.
Demi masa depan ilmu anak korang dan kehidupan mendatang. Walaupun sikit korang simpan lama-lama semakin banyak. Biarkan wang berkerja untuk korang secara senyap. Selamat menyimpan sambil Melabur bukan Meleburkan duit.
0 Comments