Siapa masih guna kad Touch n Go kita adalah kawan. Kad masih perlu digunakan kerana terdapat lebuhraya yang masih belum lagi menggunakan sistem baru dari Touch n Go.
Lebuhraya PLUS masih tidak menggunakan sistem RFID jadi penggunaan kad masih perlu lagi walaupun sudah maju ke depan. Saya masih pelik dengan PLUS, sebelum ini telah menggumumkan akan menggunakan sistem RFID sepenuhnya pada awal tahun. Tapi sampai ke sudah tiada khabar cerita.
Baca juga : Pengguna Kecewa Dengan Aplikasi Touch 'n Go
Bagi penggunakan kad Touch n Go, korang perlu tahu bahawa kad Touch n Go korang ada tarikh EXPIRED. Jangan tidak percaya, memang ada pada bahagian belakang kad milik korang. Kecuali korang menggunakan kad pengenalan. Kad Debit dan Kad Kreadit ada tarikh expired pada hadapan kad.
Baca Juga : Kelebihan Dan Kekurangan RFID Dari Touch n Go
Jika kad Touch n Go korang sudah tamat tempoh, korang perlu pergi ke kios Touch n Go berhampiran untuk mendapat kad baru secara PERCUMA. Nilai wang dalam kad korang boleh di pindah ke kad baru atau korang boleh refund wang tersebut.
Bab refund duit itu saya tidak sarankan. Kenapa? Sebab ianya mengambil masa antara 30 hari hingga 60 hari dan ianya mungkin boleh jadi lebih dari itu. Banyak sudah komen mengenai Refund yang tidak dapat. Call pun jawab macam nak tak nak jawab.
Ambil duit cepat tetapi nak refund balik, punyalah susah. Jadi korang kena pastikan kad korang masih Valid untuk digunakan. Jika tidak sampai di Toll pasti pada paparan akan keluar " Kad tamat Tempoh". Bertabahlah.
0 Comments