Umobile Masih Terbaik

 

Inilah Telco pilihan saya buat masa ini. Sudah menjangkau 2 Tahun saya bersama Umobile. Jika di ikutkan pada mula menggunakan line ini, rasa menyesal, mana tidaknya line perlahan.

Itu 2 tahun lepas, selepas lebih 6 bulan menggunakan line Umobile lebih stabil di kebanyakkan tempat. Cuma agak mengecewakan di dalam bandar besar.

Kenapa saya bersabar dengan line Umobile sebelum ini? Ini kerana Pakej Unlimited yang ditawarkan oleh telco ini murah. Demi penjimatan dan juga Unlimited Data (Nak Layan Anime dan Netflix).

Sebelum ini menggunakan Celcom, tetapi data tidak berapa cukup dengan data dibahagi kepada 2 iaitu pada hari biasa dan hari minggu (sabtu dan ahad).

Korang boleh lihat jumlah data yang saya baru guna hampir sebulan. Sudah hampir mencapai 50GB. Bayangkan kalau data had yang ditawarkan pasti habis dalam kurang dari sebulan.

Kelajuan Upload dan Download

Pasti korang bertanya mengenai kelajuan. Jika di bandingkan dengan 2 tahun dahulu, sekarang boleh di kata ada perubahan.


Dengan menggunakan laman web Fast.com untuk ukur kelajuan. Jika di lihat kelajuan adalah 5.8Mbps dan Upload 6.9Mbps. Saya telah membuat beberapa kali hasilnya lebih kurang sahaja.

Jika saya bandingkan 2 tahun lepas, banyak perubahan. Dimana sebelum ini hanya dalam nilai 6.0kbps - 800kbps. Sangat perlahan dan menyakitkan hati.

Kelemahan Umobile

Setiap kelebihan ada kekurangan. Antara kekurangan ialah Data Hotspot limited, jadi tidak boleh nak guna lebih-lebih. Tetapi ada cara nak unlimited.

Sms kena bayar setiap kali penggunaan. Yang ini biasanya ramai kata tak akan guna, tetapi ada masa akan guna. Setiap sms kena cas RM0.10 setiap sms.

Ini cuma perkongsian saya selepas menggunakan Umobile. Bagi korang pula kena pastikan gunakan prepaid dahulu untuk pastikan sesuai atau tidak di tempat korang sebelum beralih.

Jika korang berpuashati dengan telco korang, teruskan sahaja. Kalau korang nak bertukar lihat pakej dengan telco lain dan jangan terpedaya dengan smartphone percuma atau RM1.

Post a Comment

0 Comments