Siapa tidak kenal dengan Syarikat Telekomunikasi gergasi ini, Digi dan Celcom Axiata. Celcom adalah ke 2 terbesar pengguna manakala Digi di tempat ke 3 pengguna di Malaysia.
Cerita pergabungan antara Celcom Axiata dan Digi beberapa tahun yang lepas telah pun menjadi kenyataan. Dengan gabungan 2 syarikat ini menjadi 1 nama CelcomDigi akan menjadikan syarikat telekomunikasi paling besar di Malaysia mengatasi Maxis.
![]() |
Sumber Gambar: CelcomDigi |
Celcom dan Digi telah secara rasmi bergabung pada bulan November 2022 tahun lalu. Dengan gabungan ini Pelanggan kedua syarikat tidak perlu risau mengenai talian mereka. Pelanggan tidak terkesan dengan gabungan ini. Pelanggan masih menggunakan talian yang sama dengan apa yang mereka daftarkan.
Sejak gabungan CelcomDigi ini, Talian semakin teruk, lebih lagi Celcom. Full bar tapi loading sahaja sepanjang hari. Chat (whatsapp) boleh, tapi download gambar dekat Chat punyalah lama sampai gagal. Harap CelcomDigi mampu baiki perkhidmatan mereka selepas ini.
Rasa bosan pula asyik loading setiap hari. Nasib ada talian kedua, kalau tidak susah juga bab komunikasi panggilan pada kawan dan keluarga.
0 Comments