Pilihan Raya Negeri | Parti Mana Pilihan Rakyat

Berlalu sudah Pilihan Raya Umum (PRU) pada 18 November 2022. Di mana 2 parti politik bergabung untuk membentuk kerajaan Pemerintah Malaysia atas nasihat Yang Di-Pertuan Agung. Parti Dari Pakatan Harapan dan Parti Barisan Nasional bergabung setelah bersetuju dan menerima Nasihat Yang Di-Pertuan Agung. 

Parti Politik

Pembentukan Parti Perpaduan di wujudkan bagi mendapat kestabilan politik negara. Manakala Parti Perikatan Nasional memilih menjadi pembangkang dengan menolak pembentukan perpaduan yang di cadang oleh Yang Di-Pertuan Agung.

Berakhir sudah PRU ke 15 dalam pemilihan Pemimpin Malaysia iaitu Perdana Menteri. Rakyat akur dengan keputusan untuk 5 tahun lagi.

Selangor kedah terengganu kelantan negeri sembilan pulau pinang

Kini Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk 6 Negeri :

  • Kedah
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • Terengganu
Siapa yang bakal menjadi pilihan Rakyat negeri. Adakah Parti Perpaduan ( Pakatan Harapan - Barisan Nasional) atau Parti Perikatan Nasional ( PAS, BERSATU, GERAKAN, SAPP-PN).

Apakah pilihan rakyat setiap Negeri? Berubah atau kekal dengan Wakil Parti pilihan? Sukar untuk di ramalkan. Kenapa susah?

Kebanyakan rakyat akan memilih parti berdasarkan populariti, permainan Agama dan Permainan Bangsa. Jadi untuk menentukan siapa yang bakal menjadi wakil rakyat negeri sukar untuk diramal.

Parti Masing-masing mengatakan mereka bakal menang tetapi hakikat sukar untuk ditentukan. Jika rakyat memilih berdasarkan kemampuan memerintah dan kejayaan pasti ada  Parti tersebut boleh berjaya dalam PRN. Jika sebaliknya sukar untuk di tentukan.

Jadi siapa pilihan rakyat untuk PRN ini? Jawapanya ada pada Hari menggundi 12 OGOS 2023. Setiap yang rakyat pilih, rakyat kena terima sama ada baik buruknya. Menyesal kemudian tidak berguna, jadi fikir baik-baik siapa yang ingin mewakili suara korang sebagai rakyat.

Tarikh mengundi Pilihan raya negeri

Sebelum hendak menggundi pastikan semak dahulu dalam laman Web Mysprsemak.

Cara Semak Pemilihan

Semakan daftar pemilih boleh dilakukan menerusi tatacara berikut:
  1. Layari laman web https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Masukkan aksara “CAPTCHA” yang ditunjukkan.
  4. Klik butang “Semak.”
  5. Maklumat pemilih dipaparkan.
Fikir Dahululah sebelum memilih pangkah Parti. Jangan menyesal di kemudian hari. Tidak pergi mengundi, jangan menyesal dan marah dengan pilihan orang lain. Setiap orang ada pendapat berbeza. Selamat mengundi pada 12 OGOS 2023.

Post a Comment

0 Comments