Betul ke Air Paip boleh terus minum tanpa masak? Kalau ditanya pada Syarikat urus Air, pasti mereka kata selamat sebab sudah ditapis dan dirawat.
Tapi sebelum itu, kita kena faham yang air di terima ke rumah kita di ambil dari sungai. Secara umum kita tahu bahawa air dari sungai pasti bersih. Tapi itu salah sebenarnya.
Air sungai di mana-mana negara kurang bersih sebab ianya bercampur dengan air kumbahan, bahan buangan industri dan racun pertanian. Walaupun kelihatan bersih tetapi ianya tidak sesuai diminum terus.
Di negara Malaysia, Sumber air dari sungai yang belum disentuh dan dibina empangan. Ada juga sumber Dari sungai yang mengalir yang telah tercemar.
Kos untuk merawat air bersih sangatlah tinggi. Sebab itu air pengguna berharga RM0.57 per m3 ( 1Meter3 bersamaan 1000 liter) lebih mahal dari bill Elektrik. Rujuk gambar untuk tahu harga Air.
![]() |
Harga Air Bersih Domestik Semasa |
Persoalannya betul ke air sangat bersih selepas di rawat? Jawapannya ada 2 iaitu betul sebab sudah dirawat. Manakala Salah sebab proses penghantaran air melalui paip GI (besi) membawa kekotoran bersama.
Ini adalah gambar Paip GI (besi) dirumah. Lihatlah tanah dan kesan kotor yang melekat pada Paip ini. Ini baru paip rumah, belum lagi lihat dari tangki air besar diluar untuk pembahagian air ke taman perumahan.
Pastikan paip rumah korang di ganti dengan paip baru bukan GI selepas 10 tahun. Rajinkan diri untuk periksa tangki air rumah bagi memeriksa mendapan kotoran. Minum air yang telah dimasak dan letak penapis air tambahan jika perlu.
0 Comments