Maxis Tingkatkan Kuota 5G Percuma Pada 14 Disember

Lama tidak mendengar pakej baru dan penambah baik pakej dari Maxis. Baru ini Maxis ada mengumumkan perkara baru buat pelanggan Maxis Postpaid.

Maxis telah mengumumkan penawaran baru bagi pakej 5G milik mereka. Sebelum itu, korang perlu tahu, untuk mendapat 5G, pengguna Maxis perlu menambah RM10. Korang juga boleh tukar pelan baru dari Maxis.

Peningkatan Quota tidak memerlukan kos tambahan hanya penambahan 1 kali ganda. Sebagai contoh, jika plan korang Maxis Postpaid 79 - 4G/5G 80GB akan ditambah 5G 80GB.

Maxis Plan 4G and 5G

Pemberian Quota tambahan bermula pada 14 Disember 2023 secara berperingkat sehingga 20 Disember 2023. Menariknya, apabila quota korang habis digunakan, Maxis akan memberi quota baru sepenuhnya pada pengguna tanpa menolak penggunaan sedia ada.

Korang akan menerima sms dari Maxis sebagai pemberitahuan quota baru telah di tambah dan di aktifkan.

sumber : Maxis

Post a Comment

0 Comments