Bayar Tol Melalui Kad Debit | Lebuhraya GUTHRIE

Seperti yang kita tahu, Touch n Go adalah pembayaran tol untuk lebuhraya di Malaysia. Tiada pesaing yang mampu gugat Touch n Go sekian lama. Setelah berubah dari pembayaran ‘cash’ (tunai) ke pembayaran elektronik, hanya touch n Go sahaja boleh digunakan.

Touch n Go monopoli kaedah pembayaran tol sekian lama. Tiada syarikat lain mampu untuk bersaing dengan mereka. Di beri layanan istimewa oleh kerajaan selama ini. Pelbagai masalah di hadapi pengguna semasa menggunakan perkhidmatan touch n Go ini lambat di selesaikan.

Touch n Go Debit Card

Antara masalah adalah kad sukar di perolehi, terdapat tarikh luput dan wang sukar untuk di pulang. Sekarang masalah ini boleh di hadapi setelah kerajaan membuka pilihan cara pembayaran tol di lebuhraya. Dengan ini pengguna dapat memilih cara pembayaran serta memberi peluang pelancong dari negara Singapura dan Thailand untuk membayar tanpa membeli kad tambah nilai touch n Go.

Dengan pembayaran melalui kad Debit atau kad Kredit lebih memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran tanpa perlu bimbang wang tiada dalam kad dan e-wallet touch n Go. Tapi pastikan korang ada duitlah dalam kad debit bank atau ada kad kreadit ( kad hutang bayar dahulu).

Banyak Tol Lebuhraya telah mulakan sistem MyDebit bagi lebuhraya dengan menyediakan 2 lorong di touch n Go. Korang boleh cuba untuk menggunakan sistem MyDebit ini. Kad Kredit pun boleh.

12 Lebuhraya akan menggunakan sistem ini menjelang September 2023, kecuali lebuh raya PLUS. Macam biasa, PLUS segalanya lewat hal teknologi baru. RFID dekat PLUS pun ambil 3 tahun untuk di realisasikan sedangkan lebuhraya lain telah pun menggunakannya.

Dengan adanya sistem pembayaran MyDebit memudahkan urusan pengguna. Ye, admin tahu yang korang nak Tol di hapuskan tapi kerajaan mana ada duit hendak bayar hutang konsensi dan penyelenggaraan jalan raya. Sanggup korang tunggu setiap pilihan raya 5 tahun sekali baru jalan turap?

Rakyat ada pilihan sama ada guna jalan dalam tanpa tol tapi perjalanan jauh dan jalan kurang menarik atau jalan berbayar lebuhraya. Keputusan dekat tangan sendiri bukan ditangan orang lain. Fikir-Fikirkan Dahulu.

Boleh follow admin di Youtube untuk video menarik : Apaceritatu Channel

Post a Comment

0 Comments