Perodua Axia Facelift 2019

Axia 2019 masih mengekalkan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang digabungkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual pada varian E dan transmisi 4-kelajuan automatik. Dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, Axia 2019 kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.


Berikut adalah senarai varian dan harga Perodua Axia 2019 (harga tanpa insurans):
  • Axia Standard E – RM24,090
  • Axia Standard G – RM33,490
  • Axia GXtra – RM34,990
  • Axia Style – RM38,890
  • Axia SE – RM38,890
  • Axia Advance – RM43,190

Kesemua varian Axia 2019 ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu). Perodua turut menawarkan pilihan aksesori GearUp untuk Axia 2019 dan ia boleh dimasukkan terus dalam pinjaman pembelian kenderaan dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan.

Perbezaan perincian bagi setiap varian adalah seperti di bawah ini:

Perodua Axia E 2019

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Lampu utama projektor (jenis standard)
  • Lampu belakang LED
  • Rim: Keluli 14-inci
  • Dua beg udara, ISOFIX
  • Tempat duduk fabrik (jenis standard)
  • Meter kombinasi iluminasi amber

Perodua Axia G 2019

Ditambah:
  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Cermin sisi elektrik (tanpa butang lipat cermin)
  • Sistem audio dengan USB
  • Rim aloi 14-inci dengan tayar 175/65 R14
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019

Ditambah:
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor undur
  • Ketinggian tempat duduk boleh laras
  • Cermin sisi elektrik (butang untuk lipat cermin)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)
  • Tempat duduk fabrik (jenis pertengahan)

Perodua Axia SE 2019


Ditambah:
  • Filem penapis haba
  • Sensor bampar depan
  • Lampu utama projektor (jenis tertinggi)
  • Lampu kabus hadapan
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi
  • Sistem audio dengan USB & Bluetooth
  • Tempat duduk fabrik semi-bucket (jenis SE)
  • Meter kombinasi iluminasi putih
  • Perodua Axia Style 2019
  • Ditambah:
  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rel bumbung
  • Rim aloi 15-inci dengan tayar 175/60 R15
  • Tempat duduk fabrik (jenis Style)
Dikurangkan (berbanding SE/AV):
  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l
  • Perodua Axia AV 2019
Ditambah:
  • ASA 2.0
  • Unit skrin sesentuh dengan kamera undur
  • Sistem multimedia dengan navigasi & Smart Link, USB, Bluetooth & HDMI.










Post a Comment

2 Comments

dear anies said…
hmmm design mcm lbh krg kereta buatan china sy terlupa namanya
dear anies said…
assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...