Tebus eMadani Melalui Empat Dompet Digital

 Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan inisiatif eMADANI yang memberikan kredit kepada rakyat sebanyak RM100 kepada mereka yang berumur lebih 21 tahun dan berpendapatan dibawah RM100,000 setahun. Penebusan untuk kredit eMADANI boleh dilakukan melalui empat dompet digital yang telah dipilih oleh kerajaan.

Antara Empat dompet digital berkenaan adalah Maybank MAESetel (Petronas e-Wallet), TNG eWallet dan juga ShopeePay. Pengguna yang berjaya menebusnya, akan menerima kredit sebanyak RM100 untuk digunakan bagi pembelian secara fizikal dalam dompet digital pilihan mereka.

Permohonan untuk kredit eMadani ini boleh dilakukan bermula hari ini, 4 Disember 2023 sehingga 11.59 malam 20 Februari 2024. Kredit yang diterima sebanyak RM100 untuk pemohon berjaya pula perlu digunakan sebelum 29 Februari 2024.

E-wallet


Bagi korang yang berkelayakkan, boleh melakukan permohonan eMADANI melalui dompet digital Maybank MAE, Setel, TNG eWallet dan juga ShopeePay hari ini. Untuk makluman, mereka yang telah menerima 
eBeliaRahmah tidak boleh memohon untuk eMADANI.

Jadi ambil kesempatan untuk mendapatkan e-tunai yang diberikan kerajaan untuk korang. Jangan tunggu lagi, Bertindak Segera.

Post a Comment

0 Comments