Episode Terbaru BoBoiBoy Galaxy Sori Dari Monsta

 BoBoiBoy Galaxy kini kembali menemui peminat animasi. Episode kali ini lebih berbeza berbanding sebelum ini. BoBoiBoy Galaxy kembali menemui penonton di seluruh rantau Asia bermula 13 Disember 2023 lalu menerusi beberapa platform selepas lima tahun menyepi tanpa episod baharu.


BoBoiBoy Galaxy Sori
sumber gambar Monsta

Tayangan BoBoiBoy Galaxy dibahagikan kepada empat siri pendek, BoBoiBoy Galaxy SORI, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy GenBara dan BoBoiBoy Galaxy Gur'latan. Setiap siri BoBoiBoy Galaxy mengandungi enam episod yang akan disiarkan pada setiap cuti sekolah (Waktu Malaysia).


Setiap siri mengandungi enam episod baharu dengan tema berbeza, berlatar belakangkan penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula dari siri komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua keluaran Monsta.

BoBoiBoy Galaxy SORI kini ditayangkan di Monsta YouTube dan Netflix setiap Ahad jam 7.30 malam, dan di saluran TV9 bermula 13 Disember ini pada jam 6.30 petang.




Bagi yang belum tonton, boleh tonton episode 1 BoBoiBoy Galaxy SORI di channel Youtube Monsta ( https://youtu.be/CYb26MFB9Og?feature=shared ). Untuk negara Indonesia dan Brunai serta negara lain boleh saksikan di Netflix untuk menonton episode terbaru.


BoBoiBoy Galaxy SORI boleh mengubat rindu penonton yang memang inginkan aksi dan komedi yang boleh ditonton isi keluarga terutama kanak-kanak dan orang dewasa. Bertindak segera menonTon episode akan datang.

Post a Comment

0 Comments